Friday, April 13, 2012

P O L I P

korang tau ape itu polip???
ok! gurls kat lua sana tu pay attention please!


nape tetibe aq nk bercerita pasal polip ni ea?sbb bnde da terjadi kat mak aq.baru je balik dari hospital melaka pkul 1 tgh hari tadi.ala biaso lahhhh hospital kerajaan...pkul 8 den sampai kol 1 den dapat balik.perghhh seb baik la bawak lappy.ley gak la aq on9.ok2.cukup. pe aq nak cerita ialah...polip ni berlaku pada mak aq sendiri..........


nak tau ape itu polip??


 Polip adalah lebihan tisu atau daging yang tumbuh membonjol dan berupa seperti biji bertangkai ataupun seperti tangkai saja sama ada bulat memanjang ataupun leper memanjang. Jenis polip bergantung kepada jenis tisu dan asalnya:

> polip yang berasal daripada pintu rahim (serviks) dinamakan polip serviks
> polip yang berasal dari dinding faraj dinamakan polip vagina
> polip yang berasal dari dalam rahim (endometrium) dinamakan polip endometrium
> polip juga boleh berasal daripada fibroid pada lapisan otot rahim dan dinamakan polip fibroid.



Mana-mana salah satu di atas mungkin polip yang dilihat oleh jururawat
itu. Jika ia polip endometrium atau polip fibroid, maka ia bermakna
polip terbabit sudah memanjang sehingga turun melalui pintu rahim dan
terjulur keluar. Mungkin doktor terdahulu juga mengenal pasti polip
dengan kaedah yang sama dan melakukan prosedur polipektomi ke atas
polip yang dilihat itu. Lebih menyeluruh lagi adalah menjalani prosedur
pembedahan kecil iaitu histeroskopi di mana alat teropong dimasukkan
menerusi pintu rahim sehingga ke dalam ruang rahim untuk melihat secara
langsung kehadiran, bilangan dan kedudukan polip itu. Pada masa sama,
menggunakan kaedah endoskopi ini, polip ini akan dipotong pada pangkal
tangkainya bagi memastikan ia dibuang lengkap, mungkin juga prosedur
cucian D&C akan dilakukan pada penghujung prosedur pembedahan itu.
Semua tisu ini akan dihantar untuk penilaian histologi di makmal, ia
mengambil masa sekitar satu hingga dua minggu saja.

Ultrabunyi pada waktu menghampiri kesuburan dapat menunjukkan polip di
dalam ruang rahim dengan lebih jelas kerana warnanya yang berbeza
dengan warna endometrium. Jika keputusan histologi menunjukkan ia adalah polip, anda tidak perlu bimbang kerana ia tiada kaitan dengan kanser. Ramai wanita yang mempunyai polip kecil tetapi tidak mengalami sebarang masalah. Walaupun begitu, polip boleh memberikan simptom menyerupai kanser iaitu pendarahan tidak menentu dan disebabkan itu, wanita yang mengalami simptom terbabit dinasihatkan
untuk menjalani prosedur ujian lanjutan. Seseorang boleh mempunyai satu
atau banyak polip pada satu-satu masa, ia juga boleh berulang. Polip
yang besar dijangka boleh menyebabkan keguguran kerana lokasinya di
dalam ruang rahim boleh mengganggu implantasi embrio.


so....kalau rase2 kitaran haid x menentu...silalah segara berjumpa dgn doktor :)

1 comment:

Sofea said...

OO untuk perempuan je ka.. takpe nanti alkisah inform my wife.. thanks..