Monday, June 18, 2012

langgar dan rompak

jom baca kisah bro ni ;)


Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta. 

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

addicted

Have I told you how good
It feels to be me
When I'm in you?
I can only stay clean
When you are around
Don't let me fall

If I close my eyes forever
Would it ease the pain?
Could I breathe again?

Maybe I'm addicted
I'm out of control
But you're the drug
That keeps me from dyin'
Maybe I'm a liar
But all I really know is
You're the only reason I'm tryin'

I am wasted away
I made a million mistakes
Am I too late? 
There is a storm in my head
It rains on my bed
When you are not here, oh

I'm not afraid of dying
But I am afraid of
Losin' you

Maybe I'm addicted
I'm out of control
But you're the drug
That keeps me from dyin'
Maybe I'm a liar
But all I really know is
You're the only reason I'm tryin'

When you're lyin' next to me
Love is goin' through to me
Oh it's beautiful

Everythin' is clear to me
'Till I hit reality
And I lose it all
I lose it all
I lose it all


You're the only reason
 you're the only reason I'm tryin'
Oh, I'm tryin', I'm tryin', I'm tryin'
Don't want to lose it all
Maybe I'm a liar
But all I really know
Is you're the only reason I'm tryin'


Sunday, June 17, 2012

selamat hari bapa , ayah

knape hari bapa x semeriah hari ibu??


sbb dlm kite sibuk menghargai ibu...kite lupa ttg ayah kite..
memang sy perasan .... org  sekeliling...spt x menghargai ayah mereka.
tahukah anda pengorbanan seorang bapa sgt besar dalam keluarga?


ok2...dahla.sbnrnya nk crite pasal ayah sendiri...
sbb sblm2 ni da crite pasal mak..harini tergerak hati nak crite pasal ayah.
hidup kami biasa2 je...xlah kaya x miskin.xpernah la pulak sy kebuluran x makan walaupun gaji ayah x seberape.ayh sy jenis yg x kedekut,kalau ade duit semua org die nk blanje..tapi masalah nye bile semua org die blanje ,ape yg tinggal hujung bulan?gigit jari.tu la pro n kontra nye.


huhu... kami sekeluarga bermula hidup di kl dlm serba kekurangan.ayh sy hanya bekerja sbg polis trafik dan kami sekeluarga tinggal di flat pekeliling..yg skarang nk roboh dan org cakap berhantu tu ;p
bayangkanlah..rumah tu ade 1 bilik,anak de 3 org,gaji x seberape tapi kami sekeluarga ttp dpt terus kan hidup walau dlm serba kekurangan.(aduh rase sedih lak taip part ni..terharu kejap).


sy mase tu masih kecil..start duk situ dari lahir smpai lah umur 4 tahun.. lepas tu ayah tukat ke bukit aman n dapat la merase duk kuaters polis kat au3 keramat.kami pindah sana mase umur sy 5 tahun sampai lah umur sy 20 tahun.lama kan?huhu..sy mmg mmbesar di kl..so,dah lali ngan kl..


umur 14 tahun sy da bebas.ok bebas di sini bukan pergaulan bebas yea.tapi bebas melihat dunia... memanglah..ibu bapa mane yg xsyg anak kan.kalau mak tau sy kluar kl ngan kawan2 mesti da kene maki.hik3... terpksa la menipu..tapi sy tipu pn sbb nk blajar berdikari.


zaman sy mmbesar dlu mne de komputer kat rumah,internet lagi lah.kami bukan x mampu tapi mungkin duit bli komputer tu boleh beli bnde yg lagi berfaedah.sy jenis yg paham...xpulak sy hentak2 kaki nk komputer cm sesetengah org yg mintak je boleh dapat.sy paham keadaan keluarga sy time tu dan sy redha :)


kami xde kereta sendiri sampai lah sy form2 barulah ayh sy beli.smpai masam2 muka org kalau ckp nak tumpang balik kampung..hati sakit tapi tahan jelah dah kite x mampu..n alhamdulillah lah lepas tu de rezeki skit ...ayah tros bli kerete n kerete tu lah yg kami guna sampai skrg.


ayah sy seorg yg peramah n cakap laju.kdg2 sy pun x paham pe yg die ckp n buat2 paham jelah..nk jaga hati ;p
huhuhu..tapi manusia kan..ade yg suka ade juga yg mmbenci..ade jugak kdg2 sy dengar org2 kutuk ayh sy..kadang2 depan mate lak tu.sy pelik lah..dorg ni xde hati dan perasaan ke?dan sy paham...bak kate hanis zalikha ''u cant make everybody like u,u dont even like everybody'' so sy pun buat rilex jela ;p


dari kecik sy x penah kne pkul ngan ayah sy.sungguhpun cmtu sy tetap jd org.sy jadi kuat bila fikir tentang keluarga . sy belajar rajin2 time skola n seringkali dpt tempat pertama time sklh menengah.tu jela hadiah yg sy boleh bagi...sy xde duit berkepuk nak blanje nak bagi hadiah.jadi kegembiraan mereka adalah hadiah yg x ternilai bg sy.sy happy bile tgk dorg happy.setiap kali naik pentas amik anugerah cemerlang mesti sy pandang muka mak n ayh...sy nmpk muka bangga mereka.sy terharu :'(


sbg manusia kita x pernah terlepas dari mmbuat kesilapan,spt sy.mungkin sy da banyak sakit kan hati ayh sy.tinggi suara dgn dia..terkasar bahasa.dan mintak maaf bila raya.tapi sy tau tu satu budaya yg x elok.sbb mentaliti org melayu kdg2 begitu.kdg2 sy rasa menyesal buat cmtu..sdgkan ayh x pernah pun terkasar bahasa dgn sy.


sy sgt syg ayah saya :) walau seteruk manepun dia.dia tetap ayh sy.ayah hanya ade 1 di dunia.dan x boleh di tukar ganti. sy x nk menyesal di kemudian hari.sbb kita x kan pernah boleh beli masa.


dn alhamdulillah..hidup kami dah selesa skrg..kami pun dah berpindah ke melaka.hidup yg lebih selesa.rezeki yg melimpah ruah.hidup kak n abg pun semakin lama semakin baik dan sy sentiasa mendoakan kehidupan yg lebih baik utk keluarga kami pada  masa akan datang.

n dad, u r da best dad in da world . i love u :)